Wednesday, October 10, 2012

PERKUBURAN HAJI MUHD SALLEH

Perkuburan ini terletak di Kg Pemadang@Dalung iaitu dekat dengan jambatan menyeberang Sungai Tutong. Orang yang mula-mula berkubur di sini adalah Haji Muhd Salleh kira-kira 100 tahun dahulu. Tanah perkuburan ini dahulu adalah kepunyaan beliau. Pada masa ini perkuburan ini tidak lagi digunakan. ada 5 orang yang berkubur di sini iaitu Haji Muhd Salleh, Halimah binti Haji Tengah, Lauyah, Mustapa dan anak kecil Luleh bin Hadis.

Kubur Haji Muhd Salleh yang berumah. Di depannya adalah kubur Halimah. Nampak juga jambatan Sungai Tutong. Kayu besar di sebelah kanan adalah buah belunu. ianya sudah berusia lebih 100 tahun.
Kubur Halimah binti Hj Tengah. Dia meninggal dalam tahun 1940an iaitu selepas pendudukan Jepun.
Kubur Haji Muhd Salleh

Kubur Lauyah yang mana batu nisannya tumbuh menjadi pokok 

Kubur Mustapa (suami Lauyah). Kubur Lauyah dapat dilihat di belakang gambar.

Jambatan yang menyeberang Sungai Tutong. Jambatan ini dibina dalam tahun 1984 dan siap dalam tahun 1986.

Monday, October 8, 2012

KUBUR BENDAHARI BADAR BIN PENYURAT BAYAN BIN PENGARAH KUNCHANG

Kubur beliau terletak di Lantukan, Telisai. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1906(?). Beliau adalah ketua puak Penyatang yang berkampung di Kg Penyatang. Kampung ini terletak di seberang Kg Danau. Sekarang kampung ini tidak berpenghuni kerana penduduknya berpindah ke Bukit Beruang, Telisai dan Danau. Haji Haris bin Ali adalah penghuni terakhir kampung Penyatang. Beliau meninggal dalam tahun 1974.

Isteri Bendahari Badar bernama Kaidah. Beliau meninggal dalam tahun 1948 dan berkubur di perkuburan Danau.




Perkuburan Tali Air Pemadang


Perkuburan Tali Air dilihat dari jalan raya. Di belakang adalah Sungai Tutong. Di sebelah kiri adalah tali air. Kubur ini terletak di sebidang tanah kepunyaan Abd Hamid@Dulamit yang mana garannya sekarang dipegang oleh anak Hj Manan bin Pulong(M 2011).

 Hanya 3 orang yg berkubur di sini iaitu Dulamit@Abd Hamid, anaknya Sidek dan adiknya Abd Rahman. Abd Hamid dan Abd Rahman adalah anak kepada Ahu iaitu Cina Kailan. Mereka meninggal lebih 100 tahun dahulu.
 Batu nisan yang di sebelah kanan adalah kepunyaan Dulamit@Abd Hamid, di tengah adalah anaknya Sidek serta di kiri adalah Abd Rahman.

Tali air yang terletak berdekatan dgn perkuburan di atas. Ianya terletak di sebelah kanan.

Ahu X Sarifah binti OK Limar bin Penglima Diam
1. Dulamit@Abd Hamid
2. Abd Rahman

update : 8 Oct 2012

Saturday, October 6, 2012

BELUNU HJ MUHD SALLEH

Belunu ini terletak di hadapan kubur Hj Muhd Salleh di Kampung Pemadang. Belunu ini sudah berusia lebih 100 tahun.















GAMBAR-GAMBAR BEKAS TAPAK RUMAH HAJI MUHD SERUDDIN BIN BENDAHARI BADAR

Rumah ini terletak di Kampung Pemadang, Tutong. Ianya adalah di antara rumah yang awal berdiri di Kg Pemadang dan dibina dalam tahun 1920an. Rumah ini ditinggalkan pada tahun 1970 apabilah Haji Tengah bin Ali dan isterinya, Hajah Mariam binti Hj Muhd Seruddin berpindah ke Kampung Lalit.































Monday, April 30, 2012

Perkuburan Tambak






























Tanah perkuburan ini adalah perkuburan pertama bagi orang-orang Penyatang. Ianya digunakan dalam lingkungan awal hingga pertengahan kurun ke19. Di sinilah generasi pertama dan kedua orang-orang Penyatang berkubur. Tanah perkuburan ini adalah sebuah pulau ditengah-tengah paya pohon bakau. Ianya adalah tanah yang ditimbok dengan mengunakan tanah sama ada dari Kg Danau atau tanah pasir yang berdekatan. Pada masa itu mereka mengunakan perahu untuk membawa tanah ke tempat tambakan tersebut. Luasnya dalam lingkungan 3 ekar. Pada masa ini terdapat 11 buat batu nisan yang diperbuat dari batu yang masih ujud. Nisan yang diperbuat dari kayu semuanya tidak ujud lagi. Perkuburan ini hanya boleh dihubungi dengan mengunakan perahu melalui sebatang anak sungai dari Kuala Sg Tutong