Wednesday, October 10, 2012

PERKUBURAN HAJI MUHD SALLEH

Perkuburan ini terletak di Kg Pemadang@Dalung iaitu dekat dengan jambatan menyeberang Sungai Tutong. Orang yang mula-mula berkubur di sini adalah Haji Muhd Salleh kira-kira 100 tahun dahulu. Tanah perkuburan ini dahulu adalah kepunyaan beliau. Pada masa ini perkuburan ini tidak lagi digunakan. ada 5 orang yang berkubur di sini iaitu Haji Muhd Salleh, Halimah binti Haji Tengah, Lauyah, Mustapa dan anak kecil Luleh bin Hadis.

Kubur Haji Muhd Salleh yang berumah. Di depannya adalah kubur Halimah. Nampak juga jambatan Sungai Tutong. Kayu besar di sebelah kanan adalah buah belunu. ianya sudah berusia lebih 100 tahun.
Kubur Halimah binti Hj Tengah. Dia meninggal dalam tahun 1940an iaitu selepas pendudukan Jepun.
Kubur Haji Muhd Salleh

Kubur Lauyah yang mana batu nisannya tumbuh menjadi pokok 

Kubur Mustapa (suami Lauyah). Kubur Lauyah dapat dilihat di belakang gambar.

Jambatan yang menyeberang Sungai Tutong. Jambatan ini dibina dalam tahun 1984 dan siap dalam tahun 1986.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.