Nama asal
kampong Pemadang ialah DALONG tetapi pada masa ini kampong ini disebut Kampung
Pemadang mengikut nama sebatang sungai yang dipanggil Sungai Pemadang. Di kuala
Sungai Pemadang di sebelah kiri dahulunya ada sebuah rumah panjang orang-orang
Dusun yang diketuai oleh OK Limar (Abu Bakar) bin Penglima Diam.
Blog ini dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga diantara waris-waris Penyurat Bayan yang masih hidup pada masa ini.
Tuesday, April 16, 2013
Catatan 3: Zaman Kecil Bendahari Badar
Semasa zaman
Bendahari Badar dan adik-beradiknya seperti Lampuh, Raub, Hawa dan sepupunya
Tamin masih kecil mereka selalu bermain-main hinggah petang maghrib. Ibu mereka
selau memerahi mereka dangan berkata :
“Kalau tidak
mengerti ditegur balik kamu semula ke BIRA dan biar biar kamu tinggal semula di
sana”
Ini bererti
walaupun mereka sudah generasi keempat pendatang dari Bera, mereka masih
mengenang zaman datuk mereka yang pernah tinggal di Bera.
Catatan 2: Doktor Di Zaman Sebelum Jepon(1942-1945)
Pada zaman
sebelum Jepun (1942-45) doktor kerajaan berjalan merentas kampung dengan
berjalan kaki. Pada masa itu jalan raya belum lagi dibina dan perhubungan hanya
mengunakan sungai atau berjalan kaki. Doktor tersebut dibantu oleh dua orang pekerja
yang membawa ubat-ubatan. Mereka akan pergi dari rumah ke rumah bertanyakan
jika sesiapa yang sakit serta perlukan rawatan. Rawatan yang diberi adalah
percuma. Jika mereka tidak tahun jalan di kampong akan ada orang kampong yang
membawa mereka mengelilingi kampong tersebut. Mereka akan pergi merentas
kampong hingga ke ulu serta bermalam di masjid atau di rumah ketua kampong.
Selalunya doktor tersebut berbangsa India dan pembantunya orang-orang
tempatan.
Catatan 1: Serangan Cacar Di Kg Penyatang
Mengikut cerita
lisan dari HJ JAFFAR(Allahyarham, meninggal 1994))ada seorang tua yang masih
hidup dalam tahun belasan(sebelum 1920an) yang bernama ANGAS. Beliau meninggal
dalam perumuran lebih 100 tahun. Angas
berkemungkinan generasi pertama atau kedua yang tinggal di Kg Penyatang.
Kemungkinan juga beliau pernah tinggal di BERA waktu kecil beliau sebelum
generasi pertama pindah ke Penyatang.
Angas pernah
menceritakan kepada Hj Jaffar bahawa sejak beliau tinggal di Kg Penyatang lebih
seratus tahun, kampung tersebut telah diserang penyakit cacar(small pox)
sebanyak tiga kali. Pertama 1843, kedua 1896 dan ketiga 1904. Serangan cacar
pada tahun 1904 ada dilapurkan oleh McArthur dalam lapurannya untuk kerajaan
British. Tahun ini juga Bendahari Badar meninggal dunia kerana penyakit cacar
(small pox) dan berkubur di Lantukan, Telisai. Beliau berumur dalam lingkungan
40an.
Angas diangarkan
lahir pada tahun 1820an dan meninggal pada tahun 1920an.
Subscribe to:
Posts (Atom)