Mengikut cerita
lisan dari HJ JAFFAR(Allahyarham, meninggal 1994))ada seorang tua yang masih
hidup dalam tahun belasan(sebelum 1920an) yang bernama ANGAS. Beliau meninggal
dalam perumuran lebih 100 tahun. Angas
berkemungkinan generasi pertama atau kedua yang tinggal di Kg Penyatang.
Kemungkinan juga beliau pernah tinggal di BERA waktu kecil beliau sebelum
generasi pertama pindah ke Penyatang.
Angas pernah
menceritakan kepada Hj Jaffar bahawa sejak beliau tinggal di Kg Penyatang lebih
seratus tahun, kampung tersebut telah diserang penyakit cacar(small pox)
sebanyak tiga kali. Pertama 1843, kedua 1896 dan ketiga 1904. Serangan cacar
pada tahun 1904 ada dilapurkan oleh McArthur dalam lapurannya untuk kerajaan
British. Tahun ini juga Bendahari Badar meninggal dunia kerana penyakit cacar
(small pox) dan berkubur di Lantukan, Telisai. Beliau berumur dalam lingkungan
40an.
Angas diangarkan
lahir pada tahun 1820an dan meninggal pada tahun 1920an.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.